Showing posts with label ceramah2 yang saya ikuti. Show all posts
Showing posts with label ceramah2 yang saya ikuti. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

antara 2 cinta







nak jugak pergi dengar talk ni... bukannye selalu! tak kesah la org tgk jalan bertongkat pon, nak g jugak!!!!










ni time panel2 tak datang lagi. tak tau la kenapa yang lambat sangat, datang 8.30. start majlis 9.30!!!
dengar kata, Ustaz Akhil Khay on d way nak demam harini, syafakallah.. =)

















henset sony je pon.. mana nak nampak jelas :P
moderator yang paling best saya pernah jumpe takat ni, UStaz Asha'ari =)














ketika talk sedang berlangsung.. sangat best! impak maksima beb! banyak gak menda yang terkena kat batang hidung sendiri!
insaf jap :P







semalam saya ada menghadiri talk yang bertajuk, "antara dua cinta".. talk ini adalah sempena minggu sakratulmaut di UIAM. antara panel yang hadir adalah Akhil Khay dan Ustazah Fatimah Syarha. saya adalah peminat bukunya iaitu Cinta Selepas Allah dan Rasul. Buku tersebut memberi sedikit keinsafan kepada saya, dan menguatkan saya untuk kurangkan perhubungan dengan lelaki bukan muhrim.. Walaupun Mohd nazri yang poyo itu berkata beliau tidak suka akan buku ini kerana rasakan si fulan bongkak dengan pelamar2 yang dia dapat, tapi saya tahu apa yang ingin disampaikan, dan saya amat hargai buku tersebut sampai sekarang. walaupun dia dilamar oleh orang yang hebat2, warak gitu.. Beliau dapat mempertahankan iman daripada contact2 dengan mereka2 tu. inikan saya yang tak sampai pon kiraan lamaran dia, tah tak de pon sebenarnya.. lagi la sepatutnya leh jaga batas2.. hurmm.. bagi kaum laki, mungkin mereka rasa ustazah ni nak nunjuk ke ape ke, tapi bagi saya.. langsung tidak! malah memberi peringatan yang sangat besar kepada mereka2 di luar sana supaya pilihlah lelaki yang baik2, dan jangan main ambek je walopon dah nampak ok. bukan memilih, tapi untuk agama.. =)





so, apabila mendapat kesempatan nak ikut talk yang diberi olehnya, saya sangat2 nak pergi walaupun kakiku sakit kerana mengheret simen yang berat... ini adalah sedikit intisari yang sempat saya catatkan untuk tatapan kite bersama... =) cuma, kalau rekod lagi best. sbb suara ustaz akhil khay sedap time azan. =)












moderator : cinta tu ape ye ustaz?

cinta ialah satu energy. cinta ni dikatakan energy kerana cinta ni tak nampak. cinta hanya boleh dinampakkan dengan perbuatan, perkataan, dengan apa yang dizahirkan sahaja.... tapi apabila kite duduk senyap2, takkan ada org tahu bahawa cinta tu ada. sbb tak leh dipegang.
cinta dikatakan energy apabila dia berbentuk tenaga yang sentiasa nak keluar, sentiasa nak aggressive, sentiasa nak berjalan ke sana ke mari. jadi, sebab itulah apabila org cakap, jgn bercinta! kite lagi nak bercinta, lagi mengamuk tak nak berhenti.. kenapa? kerana apabila energy ni ditahan, die tak leh kuar..dia sepatutnye active.. MANUSIA MELAHIRKAN CINTA, CINTA MELAHIRKAN MANUSIA.. CINTA DATANG DENGAN DENDAM, MARAH, BENCI, DEPRESSED, NI SEMUA ANUGERAH YANG PERLU DIKAWAL KETIKA BERCINTA. ASALKAN KITA TAHU MATLAMAT KITA SEMUA SAMA, INSYAALLAH. Nabi bersabda. jangan marah pada benda yang tidak spatutnya... jadi, bersabarlah. :P
ada beberapa stage bila seorang manusia tak nak bertaubat, iaitu,
1- buat dosa
2- rasa biasa
3-tak rasa berdosa melakukan maksiat
4- pendokong kepada maksiat

tambahan saya sendiri - " barang siapa memulakan memberi contoh amal kebaikan di dalam Islam, maka dia mendapat pahalanya dan pahala orang- orang yang mengikuti amalan itu sesudahnya tanpa mengurangi sedikitpun. dan barang siapa memulakan memberi contoh keburukan di dalam Islam, maka dia mananggung dosanya dan dosa orang- orang yang meniru perbuatannya dengan tidak mengurangi dosa mereka sedikitpun"..

hurm. ni kene yang untuk ke4 tu..berhatilah3 wahai diriku sndiri dan juga pembaca2 yand sdikit di blog aku neh :P

akhil kay balik : nabi pernah berkata: aku rindukan dari golongan ini... sahabt pon tanye. sape3? then nabi kata, mereka dalah golongan mereka yang tak prnah solat di belakang aku, tak pernah jumpa, tak pernah mengikuti ceramah- ceramahku secara depan2, tapi tiap kali solat, merekalah yang mengumandangkan nama ku.. ' asyhaduaannmuhammdarrasulullah'

moderator : jadi btollah kata2 mahir zain tu.. u can feel, but you cant touch it...
? 'WHAT ABOUT ANGER , LOVE AND PAIN, AND ALL THE THINGS YOU ARE FEELING, CAN YOU TOUCH THEM WITH YOUR HAND, SO ARE THEY REALLY THERE? tahu tak skrg ni, org buat kajian search image mengalahkan lady gaga, and papa je artist ialah mahir zain satu pencapaian hebat!!! ustazah, benarkah cinta tu berkuasa?

ustazah: sebelum akak memulakan apa yang akak nak cakap, akak ingin ingatkan kite semua balik azam kita datang ke sini pada malam ini. kalau takat nak dengar, gelak2 lepas tu balik tak payah lah.. tapi kita patut ada azam yang bila balik, terus nak berubah. terus nakambil iktibar. terus nak bawak kejelasan tentang apa yang dibincangkan malam ini selepas balik, itu lbih baik.
CINTA INI IBARAT RAJA YANG MENGUASAI HATI, YANG MEMBERI ARAHAN KEPADA MATA, TELINGA, HATI UNTUK MELAKUKAN SESUATU. of course lah cinta tu berkuasa. masakan sahabat2 Nabi dahulu dapat berjuang hingga ketitisan darah terakhir hanya kerana CINTA KEPADA ALLAH DAN RASUL nya? apa yang menyebabkan mereka tinggalkan keluarga, anak2, harta untuk berjihad? itulah betapa agungnya cinta... apa yang cinta boleh buat kat kita sampai orang boleh tinggalkan sume benda yang disayangi hanya keranya cinta yang paling utama, paling agung.
kite jgn ingat pasngan kite je boleh rmantik, Allah pon romentik juga. tgk lah surah Ad-Duha, waktu yang Dia ceritakan kat kita adalah waktu yang tak panas2 sangat, waktu yang baru nak terbit matahari, .. banyak sangat love letter drpd Allah yang nampak sangat romentik... inilah cinta daripada Allah.

ayat sendiri : bila pikir2 balik, org yang sayangkan kite mesti nak yang terbaik untuk kite kan? macam tu jugak Allah, Maha Pencipta.. semua yang Dia tulis dalam Quran, semua nya baik2, semuanya dengan tujuan, untuk guide kita o the right path.

antara cinta yang Nabi Muhammad tunjukkan ialah cinta kepada ibunya. bila masa baginda mintak kepada Allah nak sangat ziarah kubur mak baginda. akhirnya, Allah izinkan.

cinta yang sahabt tunjukkan kepada Rasulullah. Abu Bkar, menguatkan kata2 rasulullah.
ayat sendiri : bila lari ke Gua Hira' sahabat dipatuk olh binatang berbisa hanya semata2 untuk memberi keselamatan kepada Rasulullah.

kepada Si Dia, Fatimah Az-Zahra kepada Saidina Ali r.a...
Fatimah kata, dulu, i teringin sangat nak jadi isteri kepada sorang ni.. n that is you!

moderator: ada 3 peringkat kimia org bercnta , mengikut kajian.
(nama scientificnya tak ditulis, sbb tak tau eja. takot bag ajaran sesat lak)
1- teringat shj
2- bertindak(hantar sms, tgk2,jeling2, bgitahu hasrat hati)
3- pukul2, urut2, cubit2 hang aku
4- 9 bulan lepas tu buncit le.. :P

ustaz, macammana nak alirkan balik cinta kepasa jalan yang benar?

ustaz akhil khay: "hendaklah kamu berpegang taguh kepada tali Allah & jgnlah kamu bercerai berai" , rujuklah balik kepada AQ Sunnah.. jadilah ahli sunnah wal jamaah dan bukan ahli punah wa rannah.... makna luar biasa yang Alah berikan dalam AQ adalah salah satu lagi tanda romantiknya Allah kepada kita.
statistik baru yang dapat dari JAKIM 256000 anak luar nikah, dari 2 agnda utama stiap tahun iaitu Valentine dan Tahun baru...DAN INI SEMUA DARI ANAK2 LUAR NIKAH MELAYU! MLAYU MMG MUDAH LUPA KEPADA ALLAH. sahabat punya lah sayngkan Nabi, time tgh nazak pon tanya lagi pasal nabi, kite ni... hurm.. apa nak jadi ni melayu oi?(ayat sndiri) jadi, semailah benih2 taqwa di kalangan kita =)

moderator: ustzah, macammana ye yg paling best. cinta selepas kawen ke sebelum kawen?

ustazah : mestilah cinta selepas kawen!
first, kit kene muhasabah balik diri kira. knapa kite minat kat si dia? kerana nafsu? kerana hensem? kewarakan? agama? dari skrg, ambil tahu ciri2 lelaki mana yang nak dijadikan suami? yang sepatutnye dijadikan suami supaya kte leh target.. :P

second, tgk balik cara die tunjukkan cinta da macammana? adakah die mesej merapu2, adakah die mengahmpiri zina? nilai pasangan... kerana ini mnunjukkan tahap keimanan dan pempraktiakkan die terhadap hukum
PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN HARAM
PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN HARUS JIKA ADA KERJA
DARURAT MENGHALALKAN CARA, TAPI DENGAN BATAS2

third, jaga ikhlas kita dengan Allah. kena peka dengan keadaan, boleh selamat dalan byk hal, kerana kita mmg ikhlas nak ikut peraturan Allah. mmg ikhlas nak ikut hukum Allah. jadi boleh la jaga diri kita nye pergaulan n all .. contohnya, duduk berduaan2.. once, kite tahu, kan dah boleh ngelak dari fitnah, or kena tgkp basah ke apa ka..

forth, tutup pintu fitnah
kit kene byk tutup pintu fitnah. tutup pintu2 komunikasi yang boleh menyebabkan kite cakap bende merapu dan tak penting... dengan mende2 ni la yang menyebabkan kite leh rapat2, kenal2, merapu dana(opss,, kene kat batang hidung sendiri)

fifth, praktikkan dari skrg.. skill2 nak romentik ngan suami kpada mereka yang muhrim. contohnye, time nak balik.. msej adik2 bgtahu, kata nak beli hadiah.. bla2. manja2 cket.. :P

n lepas kawen, insyaAllah meletup. kerana sblm tu kita dah puas beristighfar time teringat kat org yang bukan muhrim.. time angau2.. time lepas kawen dah halal, terus rasa macam meletup sbb time sudah tiba.. =)

penutup.
ustaz akhil khay : dekatkan diri dengan program yang dekatkan diri kita dengan Allah, jauhkan diri kita dengan program yang jauhkan diri kita dengan Allah. TUNGGU JE, NANTI SAMPAI MASA, SAMPAILAH... bekalan balik akhirat, ialah taqwa..
Rabi;atul Adawiyyah pernah kata dalam doanya " “Ya Allah! Jika aku menyembahMu kerana takut kepada neraka bakarlah aku di dalam nerakaMu. Dan jika aku menyembahMu kerana mengharapkan syurgaMu, campakkanlah aku keluar daripada syurgaMu. Tetapi jika aku menyembahMu demi Engkau semata, janganlah Engkau enggan memperlihatkan wajahMu yang abadi kepadaku.”
(camne nak sampai ke tahap cinta Rabi'atul Adawiyyah?) ='(

Abu Dzar pernah berkata, aku sukakan LAPAR, SAKIT dan MATI. apabila dianya kenapa, die cakap kerana lapar memlihara nafsu ku, tidak liar. kerana sakit adalah kafarah dosa. dan mati, kerana cara itu sajalah aku dapat bertemu dengan Allah.. (MasyaAllah, camne nak sampai ke tahap itu?)

ustazah : orang mncari cinta kerana keindahan. hati2 lah dengan orang yang mengisytharkan cinta kerana berani derhaka kepada Allah. "Masuklah ke dalah syurga kerana kamu dan pasangan kamu akan digembirakan"

"POSITIF + SAYANG + PERSIAPKAN DIRI UNTUK MATI"

wallahu'alam. ada yang saya tambah2 ye.. ikot mana yang ingat je.. :P