Wednesday, February 23, 2011

kamanisan nikmat Allah



Dengan tertampalnya notes ini dibilik beliau, beliau selalu mengingatkan dirinya agar tidak mengeluh... Beliau selalu mengingatkan dirinya agar terima qada' dan qadar Allah.Segala yang berlaku ada hikmahnya. Setiap kali beliau rasa bosan di bilik, beliau cuba kuatkan azam untuk teruskan kehidupan dengan bertongkat .. terima kasih.. 'wahai sahabatku' katanya pada suatu hari...

Cerita dari seorang 'beliau'..

Memang, sebelum sahabat-sahabatku memberi nasihat, aku sudah menasihati diri sendiri. Hari pertama, hidupku ceria bertongkat. Aku tidak kisah, malah suka dengan pengalaman baru. 'inilah rasanya orang-orang yang pakai tongkat'.. kenapa sedih? biasa sahaja rasanya.. Alia(bilik 3.5) berkata "jarang aku tengok orang sakit riang gembira macam kau". aku pelik. bagi aku, memang tidak apa apa- apa untuk sedih. semua tu saiko je! biasalah tu, sakit. Semua orang sakit..dah la tu.. bukannya sakit lama pon. Bukannya patah, mungkin tergeliat sahaja. Tah kenapa doktor ni bubuh simen pon tak tahu lah.

Hari keduaku biasa-biasa sahaja. Hari keduaku jatuh pada hari Ahad, Jadi taklah terasa sangat seksanya. Maklumlah, perjalanan yang baru hendak bermula. Malam itu, aku tidak jatuh semangat, malah pergi talk(Islamic musical theatre rasanya) bersama jiji hazirah dengan semangatnya untuk menambahkan ilmu. 'aku tidak akan duduk diam seperti orang-orang yang sakit.aku tidak suka kepasifan mereka. Aku takkan jadi seperti mereka', bisik hatiku. Pah Bukan Nama Sebenar ada terserempak denganku ketika aku mahu pergi ke talk tersebut. Aku memberi dia buah mangga, hadiah kerana menemaniku ke hospital pada hari semalam. "sakit-sakit mahu pergi talk?" , "ha'ah", jawabku ringkas. Semangatku berkobar-kobar. Sampai ke destinasi, aku diamati oleh para hadirin yang seperti tak pernah nampak orang sakit.aku buat tak endah, 'biasalah tu, kalau aku nampak orang pakai tongkat pon aku tengok juga. tengok kerana simpati', bisik hatiku kecil.

Namun, hari ketiga dan keempatku sangat menyeksakan. Hari ketiga ialah hari Isnin, hari pertama aku ke kelas. Puas tunduk, malu semua orang tengok. Ada juga yang menegur, "kenapa kaki tu?". Tambah lagi Hafiz Mustaqim yang poyo itu, sempat pula tangkap gambar aku tengah bersakit-sakit jalan ke kelas.cis! Aku kuatkan semangat untuk makan, walaupun tak lapar. Pergi ke ECONS cafe gitu, hanya kerana Aiman nak belanja makan.(ditemani Jiji). Kakiku bengkak apabila tiba waktu tengahari. Ku anggarkan,kerana aku minum ais. Cikgu BMku baru sahaja berpesan agar jangan minum ais. Tetapi aku engkar. Aku salahkan Aiman , kerana membelanjaku minum ais, walhal dia pon tahu orang seperti aku sepatutnya berpantang dengan ais. Badanku penat, kerana berjalan menggunakan tongkat, jalan lambat, susah nak naik tangga(maklumlah baru belajar pakai), lif pula jauh. Sempat berpeluh sebelum sampai ke lif.. sakit badan, sakit ketiak(tempat letak tongkat), malah sakit badan training angkat 3 mass tin beg pack tak habis lagi. Di tambah pula latihan mengejut yang agak berat minggu ini. Inikan pula bertongkat. Aku sudah paham apa maksud Alia sekarang. Perit rupanya kaki bersimen.

Kebetulan, aku berkenalan dengan seorang MA ketika di hospital. Hyder namanya. umurnya sebaya denganku. Setelah pulang, aku mesej Hyder untuk bertanya, kenapa dengan kakiku yang makin membesar. Hyder memberi nasihat agar jangan banyak bergerak, kaki letak tinggi ketika baring, dan letakkan ais di jari kaki. Hyder bertanya.. "awak pergi kelas? awak tak mintak MC ye haritu? sepatutnye awak dapat Mc sampai 18hb".. saya mula mengalirkan air mata dan mengeluh kepada Jijie. "gile ke? aku penat gila kehulur-kehilir gi kelas, naik tangga sana sini, kaki bengkak, sakit tau! boleh die tanya kenapa tak mintak MC? dah tu sepatutnye aku dapat Mc, aku tak pergi kelas harini. aku susah payah for nothing? which i supposedly dapat MC?" Hatiku pedih. Pedih yang teramat. Ketabahanku untuk kekal gembira sebagai seorang pesakit hilang serta merta. Aku memblas mesej Hyder "kalau doktor dah tahu sepatutnye saya tak leh gerak banyak, sepatutnya dapat Mc, kenapa tak bagi awal2? ingat kelas kat Univrsiti dekat2 ke? jauh tahu tak? siapa doktor sekarang? nak saya pulak jadi doktor ke? mana saya tahu saya patut dapat MC ke tidak. dia doktor ke saya doktor?" kasar jawapanku. Geram rasa hati ini. Oleh kerana beliau tidak menerangkan mengapa perkara tersebut berlaku pada kakiku, aku mesej pula flait, "apa yang saya nak buat ni flait? kena pergi HKL balik ke? kaki saya bengkak." flait membalas, "ada rasa sakit tak?". "hanya denyut-denyut, dan kebas".. setelah beberapa minit, flait menelefon aku " ha, tunggu kejap.ni mam nak pergi tgk". kalut aku menjerit kepada Jijie " Mam nak datang! kemas bilik!". mam ialah seorang pegawai TUDM yang berpangkat Leftenan. Jijie bergegas bangun, susun selipar di luar, kemaskan apa yang patut di dalam bilik yang sangatlah semak.ditutup pula tirai bilik kawan-kawanku yang juga tidak kemas. ketibaan Mam disambut dengan perasaan berdebar-debar. "apa pulak mam nak buat kau aku ni?".
Mam masuk ke bilik , dengan gaya gangster..
mam : ha, kenapa dengan kaki kamu?
aku : kaki saya bengkak
mam: mana kamu tahu kaki kamu bengkak?

"kenapalah mam ni tanya macam ni? dah bengkak, mmg la tahu" dengus hatiku.

aku: Sebab dia memang bengkak. Besar.(sambil membuka sedikit agar nampak jariku-jariku yang bengkak. Mam menelefon tuannya, untuk bertanya halku.

bla.. bla.. bla.. bla..

mam: Takpe. Die kata letak kaki tinggi. Bengkak tu biasa. Ada apa-apa lagi nak bagitahu saya pasal kaki kamu ni?

aku : Takde. Timekaseh mam.

...mam keluar...

Petangku hari itu dihabiskan dengan melelapkan diri sendiri, dibuai dengan mimpi kosong, bersama kaki yang berdenyut dan kebas setiap masa..

Dengan ini, muncullah era kesedihan... Kekerepan air mataku yang laju sampai ke pipi, yang dahulunya dipanggil air mata emas oleh sahabat-sahabatku ketika dari bangku sekolah .. Sekarang sudah tidak bernilai lagi. Aku selalu menangis. Menagis kerana kosong, menangis kerana susah, menangis kerana rasa menyusahkan orang lain, menangis kerana mak dan ayahku, menangis kerana tidak dapat turun joging dan kayak seperti selalu.. apabila ku beritahu emakku tentang keadaan kakiku ..aku ingat lagi kata-kata makku, "tulah, aktiv tak tentu pasal". ayahku pula, apabila diberitahu. Balasnya ringkas "terseliuh kategori apa?.. inilah ibubapaku.. memang aku diajar untuk berdiri di kaki sendiri dari kecil lagi. tetapi kali ini..aku sudah tidak mampu berdiri, kerana kakiku hanya ada satu, yang tidak seimbang apabila tidak bertongkat. aku sudah tidak mampu berdiri.

hari-hari yang sedih dilalui..
Pergi ke tandas bertongkat, mandi kena duduk, kaki kena ikat dengan plastik agar tidak dibasahi dengan air, buang air jangan cakap lah. ambil air sembahyang sangkot ketiak kat tongkat tadah kaki kat paip kerana cebok selalunya direndam dengan stokin-stokin..kalau boleh tak nak buang langsung air. selalu buang di puncak alam tak rasa lama pon, tapi kali ini.. sekali pergi rasanya dah setengah jam.alam itu, sungguh berada di puncak. bagaimana agaknya orang yang tinggal di puncak alam seperti Hanafi itu ya? tett...! nak bancuh susu pagi-pagi untuk sarapan pun tak tahu mana nak diambil punca air panas. nak masak kena angkat kettle pergi ke tandas. nak angkat macammana kalau dah dua- dua tangan bertongkat??? berat pulak tuh kalau dah diisi air. timbul pula masalah nak basuh pinggan lepas dah makan cornflake. takkan nak suruh kawan-kawan? muak pula mereka basuh pingganku hari-hari. kalau kawan- kawan offer tak apa lah juga,ini kalau masing-masing diam sahaja?dah la makanan kena pesan kat kawan-kawan, timbul pula masalah basuh tangan lepas makan nasi, macam mana nak basuh? nak pergi tandas kena pegang tongkat, takkan nak bagi pemegang tongkat ni kotor? masalah baju kotor pula, macam mana hendak basuh ni? sapa nak angkat turun 3 tingkat ke bawah? bilik berhabuk, bersampah, dengan rambut sana sini. sapa pulak nak sapu ni? hurm...... sampai ku rasakan, kawan-kawanku sudah muak denagn keitdak independenan aku, mungkin kerana aku terlalu banyak meminta tolong? =( tapi aku rasa, aku sudah berusaha untuk membuat banyak perkara sendiri, walaupun benda-benda tersebut sangat merbahayakan. seperti naik dan turun tangga dari tingkat 3, bawak pinggan pergi basuh, jalan dari kelas ke kelas yang agak jauh seorang diri, basuh baju sendiri dengan berdiri atas satu kaki...

Alhamdulillah Allah meminjamkan aku nikmat kawan yang baik.. mereke menolongku membasuh baju dengan mesin basuh di bawah. Sekali skala pingganku dibasuh, tetapi aku berasa kerdil kerana tidak dapat menyumbang apa-apa. Useless. Bilik ku disapu oleh Farah sekali haritu.. tetapi............... sampai bila? jadi aku mula menyapu sendiri menggunakan satu kaki. ini baru 2 hari...adakah hari-hari kawanku akan membantuku? Itu satu dilemma yang belum terjawab. Aku mula menitiskan air mata pada hari kedua. kadang-kadang tidak boleh berhenti. Hanya kerana aku tak tahu apa hendak buat...

Kepada siapa aku hendak mengadu? mama? macam mama kisah pulak? abah? abah lagi lah..! apa yag abah nak kesah? si dia? bila masa plak aku ada si dia? kawan-kawan? mereka pon ada hal mereka sendirilah! dengan itu.. aku bersendirian si atas katil.. mengenang nasib.. bantalku dibasahi dengan air mata hina, seorang gadis... yang pada mulanya kuat, tetapi semangatnya luntur.. setelah hanya beberapa hari. jadi, aku teringatkan Al-Quran.. aku teringatkat zikir.. dan baru aku tahu.. rindunya aku pada Allah, rindu lagi Allah padaku dengan memberi kesakitan dan kekurangan nikmat.. kerana aku sudah terlalu jauh dengan Allah. lalai.. astaghfirullah..

kata- kata di atas kertas ini diberikan kepadaku oleh seorang sahabat pasa hari keempat.. selepas aku pergi mendapatkan MC. Ketika aku beri tahu khabar beritaku melalui YM..aku mengadu dan terus mengadu, sampai dia balas:
"Kemanisan nikmat Allah akan terasa selepas kita mengharungi pelbagai ujian. setiap ujian ada hikmahnya, kite tak leh ngeluh je, sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kite"..
Pada mulanya, aku tidak paham.. tetapi aku tulis kata- kata ini dengan manampalnya di tepi bilik. Selepas itu, terlalu dalam rasanya makna kata- kata itu kepadaku.. selepas banyak kejadian-kejadian yang berlaku sehingga hari ini, dan saat ini. aku sudah mula memuhasabah diri, cuba terima.. cuba baca artikel-artikel di internet.. cuba menginsafi diri.. dan sekarang.. betul -betul aku dapat rasakan apa yang dimaksudkan dengan "nikmat Allah".. sesungguhnya sakitku betul- betul ada hikmah.

hari Jumaat telahpun tiba, hari appoinmentku dengan HKL. Aku dikehendaki ke klinik ulangan untuk rawatan lanjut. Ini pula satu cabaran bagiku. Ayahku boleh menghantarku ke sana, tetapi, dia hendak menghantarku naik motosikal. Aku paham, ayahku hendak mengelak dari kesesakan lalu lintas. Jadi aku katakan "ya, boleh", walhal dalam hati... "aku taknak pergi naik moto!!!!"nak bawak tongkat lagi! kaki simen lagi!".. "abah hantar, nanti dah habis abah pergi ambil ikhlas lah" aku: "ok".. walhal dalam hati :"taknak! gile ke nak duduk situ sorang-sorang? Sapa nak tolong aku kalau ade apa-apa nanti?"aarrgghh!! aku merancang untuk cair kawan-kawan yang boleh menghantarku pergi... cari punya cari, tak de sorang pon yang boleh menghantar. Semua sebok. orang terakhir ialah abg. nazri dan juga Aiman. Abg Nazri boleh sahaja hantarkan, tetapi kegusaranku semakin tinggi apabila menyedari hakikat yang dia tidak mempunyai lesen. Harapan terakhir ialah Aiman. Dia pula tidak boleh menolongku kerana sibuk dengan assignment. Akhirnya.. aku pergi dengan abg Nazri, yang tidak mempunyai lesen,dan kereta. Kereta dipinjam dari kawan masternya.redah sajalah.... kak Nisa' menemaniku ketika ini, die jugalah yang menemaniku waktu ke HKL buat pertama kalinya.

Doktor memberitahuku bahawa kakiku tidak patah. (memanglah! tak bagitahu pon tahu!). Nurse menggunting pembalut kakiku dan tertanggalah simen tersebut. Kakiku nampak kecil, dek kerana simen yang menghimpit. Doktor mengarahku supaya cuba berpijak di atas kaki. Aku cuba, tetapi sangat sakit. tak tahu kenapa.. kakiku masih bengkak. Lalu doktor berkata, kamu balik nanti letak ais ye? kaki letak tinggi.. kalau minggu depan bengkak lagi, saya rujuk ke pakar ligament. (erk!!) one more week!? with tongkat? oh noooo~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

aku: tapi macam mana kalau saya pergi kelas nanti?
doktor: saya bagi mc seminggu
aku: semiggu lagi! (habislah aku ketinggalan)

jadi.. inilah keadaanku lagi seminggu. ada juga kelas yang aku hadiri. kerana kuiz dan presentation. Aku bukannya tak nak pergi kelas yang lain-lain, kakiku kadang-kadang berdenyut di tempat tertentu, membuatkan aku risau. Malah, jika hendak pergi sendiri, susah... jauh..

Sejak sakit ni, emosi memang tak stabil.. aku selalu mengeluarkan kata-kata kasar.. kadang-kadang tak patut pon. Tapi aku tak tahu mengapa aku lunturkan..
Aku mula muhasabah diri lagi.. pikir, pikir, pikir.. dan solusinya ialah.. Al-Quran.. ini sahaja yang dapat memberi ketenangan kepadaku.. alhamdulillah.. terlalu banyak pengajaran yang aku dapat ketika sakit, malah.. Aku rasa bersyukur dengan kesakitan ini.. pengajaran ini, akan diungkit apabila tiba masanya nanti =)

Dikala petang, aku turun ke tasik bersama Enchanted Ordinary. Lalu, aku lebih memahami apa erti kenikmatan yang sebelum ini, aku buat tanpa merasai kenikmatan yag diberikan.
Aku buat sebagai rutin, hobi.. tapi tidak merasa nikmat yang diberi.apabila duduk ditepi, menjadi camera man, yang hanya melihat dari tepi... Baru ku sedar betapa juhnya aku dengan Allah selama ini.. Maha Kaya, Maha Agung, Maha Kuasa.. Yang Menciptakan... itu semua nikmat, yang diberi kepada orang yang sihat untuk menjalankan aktiviti tersebut. selama ni kenapa tak terfikir langsung? tahu itu semua kurniaan Allah, tapi bila duduk di tepi, tanpa bolehbuat apa-apa, baru tahu apa itu yang dimaksudkan dengan nikmat.

nikmat berjalan, nikmat pegang padal kayak, nikmat angkat kayak, nikmat lari, nikmat meletakkan kaki betul- betul atas tanah, nikmat merasai peluh, merasai peluh yang dikeluarkan bukan kerana bertongkat, tapi kerana keinginan sndiri untu berlari, nikmat berada di tasik sebagai orang sihat, nikmat tolak kayak dengan hujung kaki, nikmat sujud, nikmat berdiri tegak, nikmat menyepak, nikmat menjaga anggota yang diberikan sendiri, nikmat berdikari... nikmat basuh pinggan! nikmat basuh baju! nikmat sapu sampah! nikmat bawak moto sendiri! nikmat peri kelas! nikmat berkawan! nikmat tidak menyudahkan orang! nikmat.. nikmat .. nikmat Allah yang tak terhingga. yang sebelum ini tidak nampak, yang sebelum ini dipandang biasa sahaja. sebenarnya. semua ini adalah sangat besar pengaruhnya dalam kehidupan setiap hari. Subhanallah.. HasbiAllahuwani'malwakil..


bersambung...

pandanganku dari jauh...
video mereka yang sedang menjaga nikmat Allah supaya sentiasa sihat...


ini gebeng yang puas menikmati nikmat berlari
...
pandanganku dari tepi, kerana Allah.. =)

Saturday, February 19, 2011

dulu - dulu tak caye

Dulu, apabila kawan saya tegur., "oi, jangan meniarap la.. tu baringan ahli neraka"..
saya tak percaya. sebab mak saya tak pernah pon kata macam tu. cuma, apabila kaki diangkat, mak saya kata, "jangan, nanti syaitan duduk atas tu! ". siap tampar lagi kaki, bagi jatuh cepat2.. saya berazam nak cari hadth yang bekata tak boleh baring meniarap. harini, baru saya jumpa.. :P alhamdulillah.. insaf3..

Hukum Tidur Meniarap
Sunday, October 31, 2010 2:34 PM
Soalan dari: Marzuuk Hassan
from blog hukum hakam

assalam.ust, nk tnya. ada ke hadis mgatakan org yg tidur meniarap adalah ahli neraka..

Jawapan:

Ya, sememangnya ada. Antaranya hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud daripada Dakhfah bin Qais al-Ghifari ( ضخفة بن قيس الغفاري) yang menceritakan beliau pernah tidur meniarap di dalam masjid nabi s.a.w. Lalu baginda datang mengg...erakkan beliau seraya berkata:

إِنَّ هَذِهِ ضِجْعَةٌ يُبْغِضُهَا اللَّهُ

Maksudnya: "Sesungguhnya tidur dengan meniarap ini dimurkai oleh Allah."

Dalam riwayat Ibn Majah pula, Nabi s.a.w. bersabda: "Hanyasanya ini adalah keadaan meniarap ahli neraka."

Hukum Hadith

Ulama berbeza pandangan tentang hukum hadith ini. Sebahagian kata Sahih seperti Ahmad Syakir dan al-Albani. Manakala sebahagian yg lain kata Dhaif seperti al-Imam al-BUkhari, al-Daraqutni, Ibn Abi Hatim dan Ibn Rejab.

Wallahu a'lam, al-Syeikh 'Abdul 'Aziz Abdillah bin Baz berpendapat hukum tidur meniarap sekurang-kurangnya adalah makruh yang bersangatan. Maka sewajarnya dijauhi, disamping kajian perubatan moden juga membuktikan ia boleh membawa mudharat.

wallahu a'lam.

day 2, Al- Rasyid


Al- Rasyid bererti yang 'yang memberi petunjuk , yang lurus, baik dan cerdik'..

Al-Qusyairi berkata, makna ini akan terpancar dalam hati seseorang apabila hatinya dipenuhi tawakkal kepada tuhannya.

surah as-Syams, ayat 7-8, "Allah menjadikan manusia itu sempurna dan lengkap. Allah juga memberi manusia ilham yag dapat membawanya ke jalan takwa mahupun ke jalan kejahatan"

pendek kata, kita kena yakin bahawa ketetapan Allah adalah yang terbaik bagi makhluk ciptaanNya. Dia tahu apa yang terbaik, kerana ketepatanNya dalam sgala urusan, oleh itu.. bertawkallalah.. yakinlah.. =)

kecerdasan berasaskan asmaul husna..


this is a book bought by my friend, Jijie Hazirah.. she gave it to me to occupy my free time while I'm busy resting in my room, that i cant go to class because of my injured leg.... I was busy reading blogs in the afternoon, and at last in the evening I have a chance to take a glance on the last page.. and soon i finished reading the last chapter.. now i know what jiji is talking about. she admires this book so much that she maybe not gonna give the book as a present to someone that she intended to at the beginning!! haha


the author is trying to attract the readers by having one chapter per day... maybe because of the thickness of the book ey? I assume jijie is doing that because I can see she reads it everyday... I guess, I'll just do the same =)










this is what I got so far.. =) sharing is caring...

Hari ke 99 = my first day of reading..

Allah determines everything to its place, not too early, not too slow, not too late but just in time as He promise what He would do. His patience on the sinners is a chance for them to repent. His Merciful is given in the form of accepting the sinners' repentance.

Man with full of patience can reject all that are a pleasure to satisfy his lust. especially in those deeds that are not acceptable by our religion.

Al-Qusyairi divides patience in three ways..
1) Al- Tasabbur ( One's patience to bear depression and suffering)
2) al- sabr ( the acceptance of whatever comes, in whatever situation)
3) Al- Istisbar (the peek of patience, which you no more feel burdened with whatever that comes, in fact you feel peace)

this is pictured in a poem :

"Ku biasakan diri menyentuh kesabaran,
aku intim dan senyawa dengannya,
diriku kuserahkan kepada kebaikan,
hati terasa hibur bersamanya"

" penyabar menyabarkan diri,
meminta tolong padanya,
menjeritlah sang pengasih dengan kesabaran,
bersabarlah"

"bila derita sakit layak bagiku,
rasa syukur juga layak bagiku,
berikan seksa apa pun!
tiadalah hati mengatakan, "tungu."

Al- Qushairi reminds us, that patience is not only by our speech, but with our heart. to the extent that we really accept the burden with heart.

akhir kata, "Kesabaran yang diwajibkan kepada seorang hamba adalah kesabaran menerima perintah Allah atas dirinya dengan penuh ketaatan, sabar atas apa yang dilarang dan diharamkan dan bersikap tentang menerima takdir Allah" -Sulaiman Al-Kumayi

Friday, February 18, 2011

11 Golongan Didoakan Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah: 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”


10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang melawat orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Cara untuk didoakan para malaikat sudah ada, apa pula usaha kita semua untuk mengejar ganjaran tersebut??

Mari sama-sama kita manfaatkan bulan Ramadhan yang baru bermula ini sebaik mungkin untuk mempraktikkan beberapa cara mudah untuk memperoleh doa daripada masyarakat di langit agar apabila kita keluar daripada madrasah Ramadhan ini, kita bersih dari dosa lampau dan juga kita mampu istiqamah dalam beramal dengan cara-cara tersebut di sepanjang tahun mendatang. Insya’Allah.

Setiap usaha berbekalkan niat yang tulus ikhlas mampu membekalkan kita sikap istiqamah dalam melaksanakan satu-satu amal. Insya’Allah

Selamat beramal:)


daripada az-zariyyat.com

Thursday, February 17, 2011

antara 2 cinta







nak jugak pergi dengar talk ni... bukannye selalu! tak kesah la org tgk jalan bertongkat pon, nak g jugak!!!!










ni time panel2 tak datang lagi. tak tau la kenapa yang lambat sangat, datang 8.30. start majlis 9.30!!!
dengar kata, Ustaz Akhil Khay on d way nak demam harini, syafakallah.. =)

















henset sony je pon.. mana nak nampak jelas :P
moderator yang paling best saya pernah jumpe takat ni, UStaz Asha'ari =)














ketika talk sedang berlangsung.. sangat best! impak maksima beb! banyak gak menda yang terkena kat batang hidung sendiri!
insaf jap :P







semalam saya ada menghadiri talk yang bertajuk, "antara dua cinta".. talk ini adalah sempena minggu sakratulmaut di UIAM. antara panel yang hadir adalah Akhil Khay dan Ustazah Fatimah Syarha. saya adalah peminat bukunya iaitu Cinta Selepas Allah dan Rasul. Buku tersebut memberi sedikit keinsafan kepada saya, dan menguatkan saya untuk kurangkan perhubungan dengan lelaki bukan muhrim.. Walaupun Mohd nazri yang poyo itu berkata beliau tidak suka akan buku ini kerana rasakan si fulan bongkak dengan pelamar2 yang dia dapat, tapi saya tahu apa yang ingin disampaikan, dan saya amat hargai buku tersebut sampai sekarang. walaupun dia dilamar oleh orang yang hebat2, warak gitu.. Beliau dapat mempertahankan iman daripada contact2 dengan mereka2 tu. inikan saya yang tak sampai pon kiraan lamaran dia, tah tak de pon sebenarnya.. lagi la sepatutnya leh jaga batas2.. hurmm.. bagi kaum laki, mungkin mereka rasa ustazah ni nak nunjuk ke ape ke, tapi bagi saya.. langsung tidak! malah memberi peringatan yang sangat besar kepada mereka2 di luar sana supaya pilihlah lelaki yang baik2, dan jangan main ambek je walopon dah nampak ok. bukan memilih, tapi untuk agama.. =)





so, apabila mendapat kesempatan nak ikut talk yang diberi olehnya, saya sangat2 nak pergi walaupun kakiku sakit kerana mengheret simen yang berat... ini adalah sedikit intisari yang sempat saya catatkan untuk tatapan kite bersama... =) cuma, kalau rekod lagi best. sbb suara ustaz akhil khay sedap time azan. =)












moderator : cinta tu ape ye ustaz?

cinta ialah satu energy. cinta ni dikatakan energy kerana cinta ni tak nampak. cinta hanya boleh dinampakkan dengan perbuatan, perkataan, dengan apa yang dizahirkan sahaja.... tapi apabila kite duduk senyap2, takkan ada org tahu bahawa cinta tu ada. sbb tak leh dipegang.
cinta dikatakan energy apabila dia berbentuk tenaga yang sentiasa nak keluar, sentiasa nak aggressive, sentiasa nak berjalan ke sana ke mari. jadi, sebab itulah apabila org cakap, jgn bercinta! kite lagi nak bercinta, lagi mengamuk tak nak berhenti.. kenapa? kerana apabila energy ni ditahan, die tak leh kuar..dia sepatutnye active.. MANUSIA MELAHIRKAN CINTA, CINTA MELAHIRKAN MANUSIA.. CINTA DATANG DENGAN DENDAM, MARAH, BENCI, DEPRESSED, NI SEMUA ANUGERAH YANG PERLU DIKAWAL KETIKA BERCINTA. ASALKAN KITA TAHU MATLAMAT KITA SEMUA SAMA, INSYAALLAH. Nabi bersabda. jangan marah pada benda yang tidak spatutnya... jadi, bersabarlah. :P
ada beberapa stage bila seorang manusia tak nak bertaubat, iaitu,
1- buat dosa
2- rasa biasa
3-tak rasa berdosa melakukan maksiat
4- pendokong kepada maksiat

tambahan saya sendiri - " barang siapa memulakan memberi contoh amal kebaikan di dalam Islam, maka dia mendapat pahalanya dan pahala orang- orang yang mengikuti amalan itu sesudahnya tanpa mengurangi sedikitpun. dan barang siapa memulakan memberi contoh keburukan di dalam Islam, maka dia mananggung dosanya dan dosa orang- orang yang meniru perbuatannya dengan tidak mengurangi dosa mereka sedikitpun"..

hurm. ni kene yang untuk ke4 tu..berhatilah3 wahai diriku sndiri dan juga pembaca2 yand sdikit di blog aku neh :P

akhil kay balik : nabi pernah berkata: aku rindukan dari golongan ini... sahabt pon tanye. sape3? then nabi kata, mereka dalah golongan mereka yang tak prnah solat di belakang aku, tak pernah jumpa, tak pernah mengikuti ceramah- ceramahku secara depan2, tapi tiap kali solat, merekalah yang mengumandangkan nama ku.. ' asyhaduaannmuhammdarrasulullah'

moderator : jadi btollah kata2 mahir zain tu.. u can feel, but you cant touch it...
? 'WHAT ABOUT ANGER , LOVE AND PAIN, AND ALL THE THINGS YOU ARE FEELING, CAN YOU TOUCH THEM WITH YOUR HAND, SO ARE THEY REALLY THERE? tahu tak skrg ni, org buat kajian search image mengalahkan lady gaga, and papa je artist ialah mahir zain satu pencapaian hebat!!! ustazah, benarkah cinta tu berkuasa?

ustazah: sebelum akak memulakan apa yang akak nak cakap, akak ingin ingatkan kite semua balik azam kita datang ke sini pada malam ini. kalau takat nak dengar, gelak2 lepas tu balik tak payah lah.. tapi kita patut ada azam yang bila balik, terus nak berubah. terus nakambil iktibar. terus nak bawak kejelasan tentang apa yang dibincangkan malam ini selepas balik, itu lbih baik.
CINTA INI IBARAT RAJA YANG MENGUASAI HATI, YANG MEMBERI ARAHAN KEPADA MATA, TELINGA, HATI UNTUK MELAKUKAN SESUATU. of course lah cinta tu berkuasa. masakan sahabat2 Nabi dahulu dapat berjuang hingga ketitisan darah terakhir hanya kerana CINTA KEPADA ALLAH DAN RASUL nya? apa yang menyebabkan mereka tinggalkan keluarga, anak2, harta untuk berjihad? itulah betapa agungnya cinta... apa yang cinta boleh buat kat kita sampai orang boleh tinggalkan sume benda yang disayangi hanya keranya cinta yang paling utama, paling agung.
kite jgn ingat pasngan kite je boleh rmantik, Allah pon romentik juga. tgk lah surah Ad-Duha, waktu yang Dia ceritakan kat kita adalah waktu yang tak panas2 sangat, waktu yang baru nak terbit matahari, .. banyak sangat love letter drpd Allah yang nampak sangat romentik... inilah cinta daripada Allah.

ayat sendiri : bila pikir2 balik, org yang sayangkan kite mesti nak yang terbaik untuk kite kan? macam tu jugak Allah, Maha Pencipta.. semua yang Dia tulis dalam Quran, semua nya baik2, semuanya dengan tujuan, untuk guide kita o the right path.

antara cinta yang Nabi Muhammad tunjukkan ialah cinta kepada ibunya. bila masa baginda mintak kepada Allah nak sangat ziarah kubur mak baginda. akhirnya, Allah izinkan.

cinta yang sahabt tunjukkan kepada Rasulullah. Abu Bkar, menguatkan kata2 rasulullah.
ayat sendiri : bila lari ke Gua Hira' sahabat dipatuk olh binatang berbisa hanya semata2 untuk memberi keselamatan kepada Rasulullah.

kepada Si Dia, Fatimah Az-Zahra kepada Saidina Ali r.a...
Fatimah kata, dulu, i teringin sangat nak jadi isteri kepada sorang ni.. n that is you!

moderator: ada 3 peringkat kimia org bercnta , mengikut kajian.
(nama scientificnya tak ditulis, sbb tak tau eja. takot bag ajaran sesat lak)
1- teringat shj
2- bertindak(hantar sms, tgk2,jeling2, bgitahu hasrat hati)
3- pukul2, urut2, cubit2 hang aku
4- 9 bulan lepas tu buncit le.. :P

ustaz, macammana nak alirkan balik cinta kepasa jalan yang benar?

ustaz akhil khay: "hendaklah kamu berpegang taguh kepada tali Allah & jgnlah kamu bercerai berai" , rujuklah balik kepada AQ Sunnah.. jadilah ahli sunnah wal jamaah dan bukan ahli punah wa rannah.... makna luar biasa yang Alah berikan dalam AQ adalah salah satu lagi tanda romantiknya Allah kepada kita.
statistik baru yang dapat dari JAKIM 256000 anak luar nikah, dari 2 agnda utama stiap tahun iaitu Valentine dan Tahun baru...DAN INI SEMUA DARI ANAK2 LUAR NIKAH MELAYU! MLAYU MMG MUDAH LUPA KEPADA ALLAH. sahabat punya lah sayngkan Nabi, time tgh nazak pon tanya lagi pasal nabi, kite ni... hurm.. apa nak jadi ni melayu oi?(ayat sndiri) jadi, semailah benih2 taqwa di kalangan kita =)

moderator: ustzah, macammana ye yg paling best. cinta selepas kawen ke sebelum kawen?

ustazah : mestilah cinta selepas kawen!
first, kit kene muhasabah balik diri kira. knapa kite minat kat si dia? kerana nafsu? kerana hensem? kewarakan? agama? dari skrg, ambil tahu ciri2 lelaki mana yang nak dijadikan suami? yang sepatutnye dijadikan suami supaya kte leh target.. :P

second, tgk balik cara die tunjukkan cinta da macammana? adakah die mesej merapu2, adakah die mengahmpiri zina? nilai pasangan... kerana ini mnunjukkan tahap keimanan dan pempraktiakkan die terhadap hukum
PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN HARAM
PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN HARUS JIKA ADA KERJA
DARURAT MENGHALALKAN CARA, TAPI DENGAN BATAS2

third, jaga ikhlas kita dengan Allah. kena peka dengan keadaan, boleh selamat dalan byk hal, kerana kita mmg ikhlas nak ikut peraturan Allah. mmg ikhlas nak ikut hukum Allah. jadi boleh la jaga diri kita nye pergaulan n all .. contohnya, duduk berduaan2.. once, kite tahu, kan dah boleh ngelak dari fitnah, or kena tgkp basah ke apa ka..

forth, tutup pintu fitnah
kit kene byk tutup pintu fitnah. tutup pintu2 komunikasi yang boleh menyebabkan kite cakap bende merapu dan tak penting... dengan mende2 ni la yang menyebabkan kite leh rapat2, kenal2, merapu dana(opss,, kene kat batang hidung sendiri)

fifth, praktikkan dari skrg.. skill2 nak romentik ngan suami kpada mereka yang muhrim. contohnye, time nak balik.. msej adik2 bgtahu, kata nak beli hadiah.. bla2. manja2 cket.. :P

n lepas kawen, insyaAllah meletup. kerana sblm tu kita dah puas beristighfar time teringat kat org yang bukan muhrim.. time angau2.. time lepas kawen dah halal, terus rasa macam meletup sbb time sudah tiba.. =)

penutup.
ustaz akhil khay : dekatkan diri dengan program yang dekatkan diri kita dengan Allah, jauhkan diri kita dengan program yang jauhkan diri kita dengan Allah. TUNGGU JE, NANTI SAMPAI MASA, SAMPAILAH... bekalan balik akhirat, ialah taqwa..
Rabi;atul Adawiyyah pernah kata dalam doanya " “Ya Allah! Jika aku menyembahMu kerana takut kepada neraka bakarlah aku di dalam nerakaMu. Dan jika aku menyembahMu kerana mengharapkan syurgaMu, campakkanlah aku keluar daripada syurgaMu. Tetapi jika aku menyembahMu demi Engkau semata, janganlah Engkau enggan memperlihatkan wajahMu yang abadi kepadaku.”
(camne nak sampai ke tahap cinta Rabi'atul Adawiyyah?) ='(

Abu Dzar pernah berkata, aku sukakan LAPAR, SAKIT dan MATI. apabila dianya kenapa, die cakap kerana lapar memlihara nafsu ku, tidak liar. kerana sakit adalah kafarah dosa. dan mati, kerana cara itu sajalah aku dapat bertemu dengan Allah.. (MasyaAllah, camne nak sampai ke tahap itu?)

ustazah : orang mncari cinta kerana keindahan. hati2 lah dengan orang yang mengisytharkan cinta kerana berani derhaka kepada Allah. "Masuklah ke dalah syurga kerana kamu dan pasangan kamu akan digembirakan"

"POSITIF + SAYANG + PERSIAPKAN DIRI UNTUK MATI"

wallahu'alam. ada yang saya tambah2 ye.. ikot mana yang ingat je.. :P

Tuesday, February 15, 2011

saya bosan

harini mereka pergi rock climbing...!!
kaki saya bersimen, saya tak dpat pergi....
pagi tadi mereka pergi maulidurrasul parade.. saya tak dapat pergi..kaki saya bersimen.
pagi tadi saya hantar mesej kat kakak saya, mak saya telepon, mak saya tak kesah pon.. patutnye tak yah gtau aritu kaki saya simen sbb mak saya tak kesah pon.
ayah saya nak hantar saya g HKL naik moto ari jumaat ni.. nak tggl saya, lepas tu nak balik . bile saya call dah habis baru de nal pergi balik. saya sedih. say atak nak duduk sana sorang2...
esok presentation, ada dua presentation.. saya kene pergi depan dengan kaki bertongkat. saya tak nak pergi kelas.. saya nak tungu simen bukak dulu, baru selesa.
dulu saya tak selalu nangis, skrg dah slalu nangis..
saya bosan. tak tau nak buat apa dalam blik walopon assgmnt byk kene hantar esok.. saya tak start lagi..
jiwa saya kacau..
=(
saya tak selesa, saya lenguh, saya ............blur.

Monday, February 14, 2011

kakiku bersimen..

pada tahun ini, pada bulan ini, pada hari ini, pada minit dan saat ini, kaki saya..... dibaluti dengan simen.

sem ni, ada kelas dengan ramai foreigner dalam kelas polytical science. ada sorang foreigner ni, dari palestine, kaki die kene simen jugak dulu. selalu tempat biase die kat depan, so takyah naik tangga yang bertingkat2 dengan seats sampai atas.saya selalu tengok die jalan, dalam hati " sian die" . time lecturer suruh tutupkan pintu bilik kuliyyah, " can somebody close the door please? " bising orang lalu lalang dengar sampai dalam waktu lecture, dia sanggup nak bangun guna tongkat nak gi tutup. tapi lecturer cepat2 cakap tak payah, bagi orang lain yang boleh berjalan. saya gelak kan die time tu, tapi kagum.. cara dia time tu macam ikhlas gile walaupun pakai tongkat.

sekarang, bile diri sendiri dah pakai tongkat.. baru tahu, betapa mulianya hati seorang yang memakai tongkat nak tutupkan pintu. pakai tongkat sakit ketiak, sbb all your body weight tertumpu kat situ bile jalan..sakit bahu angkat 3 mass of tins from latihan tempatan palapes pon tak habis lagi.... sakit satu badan denan tongkat lak skrg. nak perg kelas sahaja dah berpeluh, nak pergi kantin untuk makan jangan cakap la... pikr dua tiga kali. naseb baik ada org belanja ja yang gagah nak g. kalo tak, tak tau la apa nak jadi... tah tak makan langsung sehari ni. =( kepada org tersebut, thanks kuatkan semangat saya nak pergi makan harini, kalo tak, nak makan oat je kat bilik. tak nak susahkan orang lain ambekkan makanan!!! sian jiji.. sorry jiji susahkan kau.! kalau aku kaya, dah lama aku belanja kau hari2.

tapi semalam aku belanja kau tiket slamic musical theatre dah kire ok la kan jiji? hihi

sekarang nak mandi, kena bawak baldi g bilik air.. dengan tongkat.. nak letak kaki atas baldi time mandi. kaki kena balut ngan plastk, supaya tak basah simennye... nak buang air, sanggup tahan beb. sbb tahu susah.. tu yang malas nak g.

smlm, jatuh kat tangga. sakit kaki, sbb tertahan guna kaki yang bersimen tu. .. arini kebas, kaki maken bengkak dan jari jemari maken besar.. doktor cakap, kene letak kaki tinggi, bagi kurang bengkak ngan darah jalan.. tapi saya dah buat, bengkak je lagik! tadi mesej flight, cakap normal ke tak kalo kaki bengkak, denyut2, kebas.. die hantar leftenan datang tgkkan, lepastu leftenan telepon tuan die tanya macam mana, tuan die kata normal, cuma kena letak kaki tinggi jugak.. aisey man.. tu j lah nak cakap harini. keje byk, tapi malas nak mula.

musm emo ku datang kembali selepas bertahun2 hilang dan tabah.. Ya Allah, kuatkan semangatku.