Dengan tertampalnya notes ini dibilik beliau, beliau selalu mengingatkan dirinya agar tidak mengeluh... Beliau selalu mengingatkan dirinya agar terima qada' dan qadar Allah.Segala yang berlaku ada hikmahnya. Setiap kali beliau rasa bosan di bilik, beliau cuba kuatkan azam untuk teruskan kehidupan dengan bertongkat .. terima kasih.. 'wahai sahabatku' katanya pada suatu hari...
Cerita dari seorang 'beliau'..
Memang, sebelum sahabat-sahabatku memberi nasihat, aku sudah menasihati diri sendiri. Hari pertama, hidupku ceria bertongkat. Aku tidak kisah, malah suka dengan pengalaman baru. 'inilah rasanya orang-orang yang pakai tongkat'.. kenapa sedih? biasa sahaja rasanya.. Alia(bilik 3.5) berkata "jarang aku tengok orang sakit riang gembira macam kau". aku pelik. bagi aku, memang tidak apa apa- apa untuk sedih. semua tu saiko je! biasalah tu, sakit. Semua orang sakit..dah la tu.. bukannya sakit lama pon. Bukannya patah, mungkin tergeliat sahaja. Tah kenapa doktor ni bubuh simen pon tak tahu lah.
Hari keduaku biasa-biasa sahaja. Hari keduaku jatuh pada hari Ahad, Jadi taklah terasa sangat seksanya. Maklumlah, perjalanan yang baru hendak bermula. Malam itu, aku tidak jatuh semangat, malah pergi talk(Islamic musical theatre rasanya) bersama jiji hazirah dengan semangatnya untuk menambahkan ilmu. 'aku tidak akan duduk diam seperti orang-orang yang sakit.aku tidak suka kepasifan mereka. Aku takkan jadi seperti mereka', bisik hatiku. Pah Bukan Nama Sebenar ada terserempak denganku ketika aku mahu pergi ke talk tersebut. Aku memberi dia buah mangga, hadiah kerana menemaniku ke hospital pada hari semalam. "sakit-sakit mahu pergi talk?" , "ha'ah", jawabku ringkas. Semangatku berkobar-kobar. Sampai ke destinasi, aku diamati oleh para hadirin yang seperti tak pernah nampak orang sakit.aku buat tak endah, 'biasalah tu, kalau aku nampak orang pakai tongkat pon aku tengok juga. tengok kerana simpati', bisik hatiku kecil.
Namun, hari ketiga dan keempatku sangat menyeksakan. Hari ketiga ialah hari Isnin, hari pertama aku ke kelas. Puas tunduk, malu semua orang tengok. Ada juga yang menegur, "kenapa kaki tu?". Tambah lagi Hafiz Mustaqim yang poyo itu, sempat pula tangkap gambar aku tengah bersakit-sakit jalan ke kelas.cis! Aku kuatkan semangat untuk makan, walaupun tak lapar. Pergi ke ECONS cafe gitu, hanya kerana Aiman nak belanja makan.(ditemani Jiji). Kakiku bengkak apabila tiba waktu tengahari. Ku anggarkan,kerana aku minum ais. Cikgu BMku baru sahaja berpesan agar jangan minum ais. Tetapi aku engkar. Aku salahkan Aiman , kerana membelanjaku minum ais, walhal dia pon tahu orang seperti aku sepatutnya berpantang dengan ais. Badanku penat, kerana berjalan menggunakan tongkat, jalan lambat, susah nak naik tangga(maklumlah baru belajar pakai), lif pula jauh. Sempat berpeluh sebelum sampai ke lif.. sakit badan, sakit ketiak(tempat letak tongkat), malah sakit badan training angkat 3 mass tin beg pack tak habis lagi. Di tambah pula latihan mengejut yang agak berat minggu ini. Inikan pula bertongkat. Aku sudah paham apa maksud Alia sekarang. Perit rupanya kaki bersimen.
Kebetulan, aku berkenalan dengan seorang MA ketika di hospital. Hyder namanya. umurnya sebaya denganku. Setelah pulang, aku mesej Hyder untuk bertanya, kenapa dengan kakiku yang makin membesar. Hyder memberi nasihat agar jangan banyak bergerak, kaki letak tinggi ketika baring, dan letakkan ais di jari kaki. Hyder bertanya.. "awak pergi kelas? awak tak mintak MC ye haritu? sepatutnye awak dapat Mc sampai 18hb".. saya mula mengalirkan air mata dan mengeluh kepada Jijie. "gile ke? aku penat gila kehulur-kehilir gi kelas, naik tangga sana sini, kaki bengkak, sakit tau! boleh die tanya kenapa tak mintak MC? dah tu sepatutnye aku dapat Mc, aku tak pergi kelas harini. aku susah payah for nothing? which i supposedly dapat MC?" Hatiku pedih. Pedih yang teramat. Ketabahanku untuk kekal gembira sebagai seorang pesakit hilang serta merta. Aku memblas mesej Hyder "kalau doktor dah tahu sepatutnye saya tak leh gerak banyak, sepatutnya dapat Mc, kenapa tak bagi awal2? ingat kelas kat Univrsiti dekat2 ke? jauh tahu tak? siapa doktor sekarang? nak saya pulak jadi doktor ke? mana saya tahu saya patut dapat MC ke tidak. dia doktor ke saya doktor?" kasar jawapanku. Geram rasa hati ini. Oleh kerana beliau tidak menerangkan mengapa perkara tersebut berlaku pada kakiku, aku mesej pula flait, "apa yang saya nak buat ni flait? kena pergi HKL balik ke? kaki saya bengkak." flait membalas, "ada rasa sakit tak?". "hanya denyut-denyut, dan kebas".. setelah beberapa minit, flait menelefon aku " ha, tunggu kejap.ni mam nak pergi tgk". kalut aku menjerit kepada Jijie " Mam nak datang! kemas bilik!". mam ialah seorang pegawai TUDM yang berpangkat Leftenan. Jijie bergegas bangun, susun selipar di luar, kemaskan apa yang patut di dalam bilik yang sangatlah semak.ditutup pula tirai bilik kawan-kawanku yang juga tidak kemas. ketibaan Mam disambut dengan perasaan berdebar-debar. "apa pulak mam nak buat kau aku ni?".
Mam masuk ke bilik , dengan gaya gangster..
mam : ha, kenapa dengan kaki kamu?
aku : kaki saya bengkak
mam: mana kamu tahu kaki kamu bengkak?
"kenapalah mam ni tanya macam ni? dah bengkak, mmg la tahu" dengus hatiku.
aku: Sebab dia memang bengkak. Besar.(sambil membuka sedikit agar nampak jariku-jariku yang bengkak. Mam menelefon tuannya, untuk bertanya halku.
bla.. bla.. bla.. bla..
mam: Takpe. Die kata letak kaki tinggi. Bengkak tu biasa. Ada apa-apa lagi nak bagitahu saya pasal kaki kamu ni?
aku : Takde. Timekaseh mam.
...mam keluar...
Petangku hari itu dihabiskan dengan melelapkan diri sendiri, dibuai dengan mimpi kosong, bersama kaki yang berdenyut dan kebas setiap masa..
Dengan ini, muncullah era kesedihan... Kekerepan air mataku yang laju sampai ke pipi, yang dahulunya dipanggil air mata emas oleh sahabat-sahabatku ketika dari bangku sekolah .. Sekarang sudah tidak bernilai lagi. Aku selalu menangis. Menagis kerana kosong, menangis kerana susah, menangis kerana rasa menyusahkan orang lain, menangis kerana mak dan ayahku, menangis kerana tidak dapat turun joging dan kayak seperti selalu.. apabila ku beritahu emakku tentang keadaan kakiku ..aku ingat lagi kata-kata makku, "tulah, aktiv tak tentu pasal". ayahku pula, apabila diberitahu. Balasnya ringkas "terseliuh kategori apa?.. inilah ibubapaku.. memang aku diajar untuk berdiri di kaki sendiri dari kecil lagi. tetapi kali ini..aku sudah tidak mampu berdiri, kerana kakiku hanya ada satu, yang tidak seimbang apabila tidak bertongkat. aku sudah tidak mampu berdiri.
hari-hari yang sedih dilalui..
Pergi ke tandas bertongkat, mandi kena duduk, kaki kena ikat dengan plastik agar tidak dibasahi dengan air, buang air jangan cakap lah. ambil air sembahyang sangkot ketiak kat tongkat tadah kaki kat paip kerana cebok selalunya direndam dengan stokin-stokin..kalau boleh tak nak buang langsung air. selalu buang di puncak alam tak rasa lama pon, tapi kali ini.. sekali pergi rasanya dah setengah jam.alam itu, sungguh berada di puncak. bagaimana agaknya orang yang tinggal di puncak alam seperti Hanafi itu ya? tett...! nak bancuh susu pagi-pagi untuk sarapan pun tak tahu mana nak diambil punca air panas. nak masak kena angkat kettle pergi ke tandas. nak angkat macammana kalau dah dua- dua tangan bertongkat??? berat pulak tuh kalau dah diisi air. timbul pula masalah nak basuh pinggan lepas dah makan cornflake. takkan nak suruh kawan-kawan? muak pula mereka basuh pingganku hari-hari. kalau kawan- kawan offer tak apa lah juga,ini kalau masing-masing diam sahaja?dah la makanan kena pesan kat kawan-kawan, timbul pula masalah basuh tangan lepas makan nasi, macam mana nak basuh? nak pergi tandas kena pegang tongkat, takkan nak bagi pemegang tongkat ni kotor? masalah baju kotor pula, macam mana hendak basuh ni? sapa nak angkat turun 3 tingkat ke bawah? bilik berhabuk, bersampah, dengan rambut sana sini. sapa pulak nak sapu ni? hurm...... sampai ku rasakan, kawan-kawanku sudah muak denagn keitdak independenan aku, mungkin kerana aku terlalu banyak meminta tolong? =( tapi aku rasa, aku sudah berusaha untuk membuat banyak perkara sendiri, walaupun benda-benda tersebut sangat merbahayakan. seperti naik dan turun tangga dari tingkat 3, bawak pinggan pergi basuh, jalan dari kelas ke kelas yang agak jauh seorang diri, basuh baju sendiri dengan berdiri atas satu kaki...
Alhamdulillah Allah meminjamkan aku nikmat kawan yang baik.. mereke menolongku membasuh baju dengan mesin basuh di bawah. Sekali skala pingganku dibasuh, tetapi aku berasa kerdil kerana tidak dapat menyumbang apa-apa. Useless. Bilik ku disapu oleh Farah sekali haritu.. tetapi............... sampai bila? jadi aku mula menyapu sendiri menggunakan satu kaki. ini baru 2 hari...adakah hari-hari kawanku akan membantuku? Itu satu dilemma yang belum terjawab. Aku mula menitiskan air mata pada hari kedua. kadang-kadang tidak boleh berhenti. Hanya kerana aku tak tahu apa hendak buat...
Kepada siapa aku hendak mengadu? mama? macam mama kisah pulak? abah? abah lagi lah..! apa yag abah nak kesah? si dia? bila masa plak aku ada si dia? kawan-kawan? mereka pon ada hal mereka sendirilah! dengan itu.. aku bersendirian si atas katil.. mengenang nasib.. bantalku dibasahi dengan air mata hina, seorang gadis... yang pada mulanya kuat, tetapi semangatnya luntur.. setelah hanya beberapa hari. jadi, aku teringatkan Al-Quran.. aku teringatkat zikir.. dan baru aku tahu.. rindunya aku pada Allah, rindu lagi Allah padaku dengan memberi kesakitan dan kekurangan nikmat.. kerana aku sudah terlalu jauh dengan Allah. lalai.. astaghfirullah..
kata- kata di atas kertas ini diberikan kepadaku oleh seorang sahabat pasa hari keempat.. selepas aku pergi mendapatkan MC. Ketika aku beri tahu khabar beritaku melalui YM..aku mengadu dan terus mengadu, sampai dia balas:
"Kemanisan nikmat Allah akan terasa selepas kita mengharungi pelbagai ujian. setiap ujian ada hikmahnya, kite tak leh ngeluh je, sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kite"..
Pada mulanya, aku tidak paham.. tetapi aku tulis kata- kata ini dengan manampalnya di tepi bilik. Selepas itu, terlalu dalam rasanya makna kata- kata itu kepadaku.. selepas banyak kejadian-kejadian yang berlaku sehingga hari ini, dan saat ini. aku sudah mula memuhasabah diri, cuba terima.. cuba baca artikel-artikel di internet.. cuba menginsafi diri.. dan sekarang.. betul -betul aku dapat rasakan apa yang dimaksudkan dengan "nikmat Allah".. sesungguhnya sakitku betul- betul ada hikmah.
hari Jumaat telahpun tiba, hari appoinmentku dengan HKL. Aku dikehendaki ke klinik ulangan untuk rawatan lanjut. Ini pula satu cabaran bagiku. Ayahku boleh menghantarku ke sana, tetapi, dia hendak menghantarku naik motosikal. Aku paham, ayahku hendak mengelak dari kesesakan lalu lintas. Jadi aku katakan "ya, boleh", walhal dalam hati... "aku taknak pergi naik moto!!!!"nak bawak tongkat lagi! kaki simen lagi!".. "abah hantar, nanti dah habis abah pergi ambil ikhlas lah" aku: "ok".. walhal dalam hati :"taknak! gile ke nak duduk situ sorang-sorang? Sapa nak tolong aku kalau ade apa-apa nanti?"aarrgghh!! aku merancang untuk cair kawan-kawan yang boleh menghantarku pergi... cari punya cari, tak de sorang pon yang boleh menghantar. Semua sebok. orang terakhir ialah abg. nazri dan juga Aiman. Abg Nazri boleh sahaja hantarkan, tetapi kegusaranku semakin tinggi apabila menyedari hakikat yang dia tidak mempunyai lesen. Harapan terakhir ialah Aiman. Dia pula tidak boleh menolongku kerana sibuk dengan assignment. Akhirnya.. aku pergi dengan abg Nazri, yang tidak mempunyai lesen,dan kereta. Kereta dipinjam dari kawan masternya.redah sajalah.... kak Nisa' menemaniku ketika ini, die jugalah yang menemaniku waktu ke HKL buat pertama kalinya.
Doktor memberitahuku bahawa kakiku tidak patah. (memanglah! tak bagitahu pon tahu!). Nurse menggunting pembalut kakiku dan tertanggalah simen tersebut. Kakiku nampak kecil, dek kerana simen yang menghimpit. Doktor mengarahku supaya cuba berpijak di atas kaki. Aku cuba, tetapi sangat sakit. tak tahu kenapa.. kakiku masih bengkak. Lalu doktor berkata, kamu balik nanti letak ais ye? kaki letak tinggi.. kalau minggu depan bengkak lagi, saya rujuk ke pakar ligament. (erk!!) one more week!? with tongkat? oh noooo~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
aku: tapi macam mana kalau saya pergi kelas nanti?
doktor: saya bagi mc seminggu
aku: semiggu lagi! (habislah aku ketinggalan)
jadi.. inilah keadaanku lagi seminggu. ada juga kelas yang aku hadiri. kerana kuiz dan presentation. Aku bukannya tak nak pergi kelas yang lain-lain, kakiku kadang-kadang berdenyut di tempat tertentu, membuatkan aku risau. Malah, jika hendak pergi sendiri, susah... jauh..
Sejak sakit ni, emosi memang tak stabil.. aku selalu mengeluarkan kata-kata kasar.. kadang-kadang tak patut pon. Tapi aku tak tahu mengapa aku lunturkan..
Aku mula muhasabah diri lagi.. pikir, pikir, pikir.. dan solusinya ialah.. Al-Quran.. ini sahaja yang dapat memberi ketenangan kepadaku.. alhamdulillah.. terlalu banyak pengajaran yang aku dapat ketika sakit, malah.. Aku rasa bersyukur dengan kesakitan ini.. pengajaran ini, akan diungkit apabila tiba masanya nanti =)
Dikala petang, aku turun ke tasik bersama Enchanted Ordinary. Lalu, aku lebih memahami apa erti kenikmatan yang sebelum ini, aku buat tanpa merasai kenikmatan yag diberikan.
Aku buat sebagai rutin, hobi.. tapi tidak merasa nikmat yang diberi.apabila duduk ditepi, menjadi camera man, yang hanya melihat dari tepi... Baru ku sedar betapa juhnya aku dengan Allah selama ini.. Maha Kaya, Maha Agung, Maha Kuasa.. Yang Menciptakan... itu semua nikmat, yang diberi kepada orang yang sihat untuk menjalankan aktiviti tersebut. selama ni kenapa tak terfikir langsung? tahu itu semua kurniaan Allah, tapi bila duduk di tepi, tanpa bolehbuat apa-apa, baru tahu apa itu yang dimaksudkan dengan nikmat.
nikmat berjalan, nikmat pegang padal kayak, nikmat angkat kayak, nikmat lari, nikmat meletakkan kaki betul- betul atas tanah, nikmat merasai peluh, merasai peluh yang dikeluarkan bukan kerana bertongkat, tapi kerana keinginan sndiri untu berlari, nikmat berada di tasik sebagai orang sihat, nikmat tolak kayak dengan hujung kaki, nikmat sujud, nikmat berdiri tegak, nikmat menyepak, nikmat menjaga anggota yang diberikan sendiri, nikmat berdikari... nikmat basuh pinggan! nikmat basuh baju! nikmat sapu sampah! nikmat bawak moto sendiri! nikmat peri kelas! nikmat berkawan! nikmat tidak menyudahkan orang! nikmat.. nikmat .. nikmat Allah yang tak terhingga. yang sebelum ini tidak nampak, yang sebelum ini dipandang biasa sahaja. sebenarnya. semua ini adalah sangat besar pengaruhnya dalam kehidupan setiap hari. Subhanallah.. HasbiAllahuwani'malwakil..
bersambung...
pandanganku dari jauh...
ini gebeng yang puas menikmati nikmat berlari
...
No comments:
Post a Comment