first of all, di laman web iLuvislam.com berkata...
quote je lah yek
"Assalamualaikum.. Terdapat banyak pendapat Fuqaha' dalam hal ini. Di bawah ana bawakan satu kesimpulan yang agak baik. * Tidak boleh dan tidak sah sesuatu puasa, sama ada wajib atau sunnat, jika bermasukkan niat kedua-duanya. Maka jika seseorang yang mengqadha puasa Ramadhannya dalam bulan Syawwal dengan dua niat iaitu niat qadha dan niat puasa 6, maka puasanya itu TIDAK SAH, baik yang qadha maupun yang sunnat. Antara ulama yang berpegang dengan pendapat ini ialah Imam an-Nawawi dan Imam al-Asnawi. * Sah dan boleh, serta terhasil pahala puasa sunnat tersebut walaupun tidak sepenuhnya (yakni tidak sempurna pahalanya), sama ada dimasukkan niat-niat puasa tersebut atau tidak (yakni hanya diniatkan puasa qadha sahaja dan kebetulan dipuasakannya pada hari yang disunnatkan berpuasa seperti bulan Syawwal atau pada hari ‘Arafah), dengan syarat dia tidak mempunyai niat untuk menunaikan puasa Syawwalnya itu pada hari-hari yang lain. Ini adalah pendapat antaranya Imam al-Baarazi, al-Ashfuuni, an-Naasyiri, al-Faqih 'Ali bin Sholeh al-Hadhrami, Imam Syihabuddin ar-Ramli dan anaknya Imam Syamsuddin ar-Ramli dan nampaknya pendapat ini didukung oleh sekumpulan ulama mutakhir seperti Imam al-Khathib asy-Syarbini, bahkan ianya disebut oleh para ulama Jawi kita seperti Syaikh Arsyad dan Syaikh Muhammad bin Ismail al-Fathani. * Sah dan boleh, tetapi hasil asal pahalanya dan bukannya kesempurnaan pahalanya tertakluk kepada wujudnya niat. Hanya jika diikutsertakan niat kedua-duanya, yakni diniatkan dua niat tersebut barulah terhasil asal pahalanya. Ini adalah pendapat Imam Ibnu Hajar al-Haitami dan nampaknya pendapat ini juga banyak diikuti oleh orang kita di rantau sini. * Jika diniatkan dua niat, maka hanya sah salah-satu daripadanya. Jika fardhu diniatkan beserta dengan sunnat, maka hanya yang fardhu sahaja sah, manakala niat yang sunnat dianggap tidak berlaku. Ini adalah pendapat Imam as-Samhudi dan Imam Abu Makhramah. Secara ihtiyat (berhati-hati) cuba elakkan. Tapi kalau memang dah tak sempat, atau tak larat, maka bolehlah ambil pendapat ulamak Syafi'iyyah yang membolehkan tersebut. Dan pendapat pertengahan adalah, niatkan puasa wajib sahaja (qadha'haaa...... tu dari moderator iLuvIslam.com.dan insyaAllah mendapat pahala puasa sunnah juga (tetapi tidak sempurna). (Pendapat ke-2) Wallahu A'lam"
jadi, setakat ni.. yang ana paham ialah.....(berana plak tiba2)
1) tak sah, malah untuk kedua -dua niat sekali pun. (Iman an-Nawawi dan Imam al-Asnawi)
2) sah dan boleh, tapi tak dapat 100% pahala, dan itu pon dengan syarat.( sekumpulan ulama mutakhir)
3) sah dan boleh, tapi pahala tertakhluk kepada niat masing2. kalau niat dua2 dapat dua2, lau niat satu dapat 1 ja la.(Imam Ibnu Hajar al-Haitami)
4) hanya satu je yang laku daripada 2 niat tu. diantara fardhu dengan sunat, fardhu je yang dapat.(Imam as-Samhudi dan Imam Abu Makhramah)
tapi tak puas hati lagi.. tengok lagi satu ni haa.. dab mestilah diquotekan jugak :P
dari - http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id78.html
Masalah ini ada disebut di dalam kitab-kitab utama mazhab Syafi'i. Dan, di kalangan mereka sendiri berselisih pendapat tentang boleh atau tidaknya.--------
Sebuah kitab kecil mazhab Syafi'i Fathul Mu'in, ada menukilkan perselisihan pendapat antara para ulamak Syafi'i:
(Furuk): Telah berfatwa sekumpulan ulamak mutakhir bahawa hasil pahala puasa Arafah (atau puasa pada hari-hari lain yang disunatkan), dengan jatuh puasa fardu padanya. Ini menyalahi apa yang terdapat di dalam kitab al-Majmu' serta diikut oleh al-Asnawi, katanya: Jika berniat kedua-duanya, tidak hasil satu apa pun....
(Fathul Mu'in Bi-Hamisy I'anah al-Thalibin, Syeikh Zainudin al-Malbari, vol. 2, hal. 271)Contoh: Jika seseorang itu berpuasa qadhak dan ia dilakukan pada salah satu hari yang disunatkan berpuasa, maka akan mendapat pahala kedua-duanya jika diniatkan kedua-duanya.
Namun ini dibantah oleh sebahagian ulamak, antaranya ialah al-Asnawi. Katanya, jika seseorang itu berniat puasa wajib sahaja, maka hasil puasa wajib. Jika dia berniat kedua-duanya (berpuasa wajib dan sunat), maka tidak dapat apa-apa pun. Mereka menganggapnya tidak sah.
Alasan golongan yang menolak
Firman ALlah Taala:
"Dan tidaklah diperintahkan mereka, melainkan menyembah Allah, serta mengikhlaskan ketaatan kepadaNya." (Al-baiyinah:5)Maksud `mengikhlaskan' ialah mengikhlaskannya amal yang diperintahkan menurut cara yang diperintahkan.
Abu Yusof sahabat imam Hanafi berkata: Barangsiapa sembahyang ketika musafir dua rakaat (qasar) dengan meniatkan zohor dan sunat, atau barangsiapa mengqadha' puasa Ramadhan dengan meniatkan qadha' dan puasa sunat, hasilnya, baginya qadha' sahaja dan batallah puasa sunatnya (tidak beroleh pahala).
-----------
Kesimpulan:1. Segolongan ulamak mutakhir dari kalangan al-Syafi'i membolehkan berpuasa dengan niat qadhak dan sunat. Hasil kedua-duanya..
2. Sebahagiannya menolak, bahkan batal puasanya. Mereka bandingkan dengan sembahyang qasar zohor diniatkan fardu zohor dan sunat sekaligus.P/S: Dalam menjaga diri kita dari melakukan sesuatu yang dilarang atau bertentangan dalam Islam, kita hendaklah berwaspada dalam memilih jalan yang dirasakan benar. Faktor pemilihan hendaklah berlandaskan kepada pendapat mana yang lebih rajih dan juga selamat. Di dalam kes di atas, kita bolehla memilih yang mana yang dirasakan sesuai. Namun adalah lebih baik sekirannya kita mengambil jalan yang selamat yakni mengambil pendapat ulama yang menolak amalan niat sekaligus demi menjaga diri kita dari perkara syubhat. WA.
Jadi, kita perlulah mengelak daripada perkara shubhat. anyhow, penerangan lanjut mengenai hadith ini, sila rujuk http://ensiklopediamuslim.blogspot.com/search/label/HADITS%2040
صلى الله عليه عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر (رضي الله عنهما) قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ نَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)). رواه البخاري ومسلم
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. (رضي الله عنهما) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. ((HR. Bukhari dan Muslim)).
hehe.. thats all from me. kajian dari musafir dunya yang hina di sisi Allah subhanahuwata'la.. wallahua'lam.
dan insyaAllah mendapat pahala puasa sunnah juga (tetapi tidak sempurna). (Pendapat ke-2) Wallahu A'lam"
Nice info ^_^
ReplyDelete