Friday, May 28, 2010

jalan, lari, pecut, kembali...

aku selalu berlari
berlari dan terus berlari
hilang dari apa yang ku cipta sendiri
ke arah yang tidak diketahui
dan tak pasti

kan aku berhenti
lelah kerana tidak memiliki
pabila termakan hasutan duniawi
ringanlah segala panji - panji
ku kembali kepada apa yang ku anti

bahagia seketika cuba ku rasai
namun sampai bila menjadi
ku kan menghilang lagi
sampai kosong, sampai aku tersepit sendiri

tanpa ku kira dan sedar
ku berpaling sebentar
jalan, berhenti, yang sama tak habis lagi
kali ni juga ku mengundur diri

tapi sampai bila mahu lari?
yang realiti bertukar mimpi,
namun tak serik walau sekali

wahai diriku sendiri
berpalinglah dari apa yang tak pasti
bagi memiliki ukhrawi yang kekal abadi

ciptaan : isyifa_fariza
editor : aswad ngek!

tah ape aku merepek pon tak tau la

2 comments:

  1. hingga ke kayangan berlari,
    berlari mengejar impian,
    mengejar pencarian,
    mencari keabadian.

    sahabat ini menadah tangan,
    hati sentiasa mendoakan,
    moga larian singgah ke destinasi.

    ReplyDelete