Tuesday, May 4, 2010

news dari otak sendiri

news dari paper..tapi ayat sendiri bikin :P



berapa banyak article yang keluar pasal benda nie, otak den tetap sokong dr. Mahathir punya.. dia kata " pendidikan seks tak berapa perlu di sekolah" - dalam newsapaper mana tah.(tak ingat), beberapa minggu yang lalu.
to me, betul lah saranan Dr. Benda ni dah termasuk dalam mata pelajaran agama Islam kot. nak bersuci macam mana,cara2 manahan nafsu syahwat, jauhi diri dari fitnah, jauhi dari maksiat, apa yang haram ketika bersetubuh , ape yang tidak.. sempurnakan penutupan aurat bagi perempuan agar tidak menarik perhatian lelaki..
ha, tu kan yang seangkatan dengannya?

kalo nak ajar doa2 sebelum bersetubuh pon silakanlah.. tapi kan, nak fokus sangat tantang bab nie dulu kenapa la agaknya? tah solat pon tak sempurna lagi budak2 tu, tambah pulak dengan pendidikan seks.. bagi sesetengah budak, ada yang tak tahu pon seks tu ape. keje main, belaja ja.. den pon tawu waktu form2.waktu orang dah riuh rendah, kite baru tawu. tu pon, bukan tawu kenapa... sbb skrg byk sangat keluar paper , dan macam2 lagi info pasal menda ni. tak nak tawu pon tertawu jugak..dan memang kene ambek tawu. :P
dalam sains pon boleh diselingkan ape, macam mana sperm jumpa ovum, selam2 masok, sape berjaya, baru la kemudiannya jadi nutfah, 'alaqah.. and seterusnya..
tegaskan pasal hukuman orang yang berzina, ketengahkan hadith2 dan ayat Qur'an tentang benda2 nie, untuk menarik perhatian mereka.

dalam bab bahan2 kimia tu, kalo dah kata kata nak cerita sangat dan nak bagi tawu budak2 tu apa yang boleh mencegah HIV, and kehamilan luar nikah, bahan nak check pregnancy ada berapa banyak..apa bahan yang digunakan untuk buat kondom sampai digunakan bagi sesetengah orang ketika bersetubuh pon boleh.. itu juga pengenalan namanya.
tapi den rasa eloklah waktu sekolah menegah.. kalo sek rendah, hmm... agaknye fokus kpd penghafalan Quran pon ok lagi.. terang cket hati budak2 tu ha.. perlu ketabahan dan benteng yang kuat dari terjebak dalam benda2 tak berpaedah.. skrg dunia dah berubah, pergi mana2 ada ja bende2 negative terpampang di depan mata.. nak pergi riadah kat taman pon tak senang dek orang dating banyak sangat.eloklah bina jati diri seorang Muslim bgi mantop dulu, sblm fokus benda yang sepatutnya mak bapak ketengahkan kepada anak2.. apabila capai umur yang sesuai.

NAK KEJE KE TAKNAK?



yang ni pon best gak, terbaik punya! den ppon rasa benda yang sama. kadang2 pergi kat agensi2 kerajaan nie, ade je ang tak puas hati.tambah lagi yang duduk kat kaunter layan pelanggan... wat muka layan tak layan.. tapi cerita kakak nie, dah ade duit nak bayar.. tapi org pulak tak nak amek kisah. kang tak de duit, ade pulak yang tepon mintak duit.. yang paling cam best,
nama kakak nie, mmg sarcastic gila.. wa caya sama lu! " YANG NAK BAYAR".. haha





yang nie pulak, tak leh nak ulas manyak2 la kan.. kang den kene tangkap lak... tapi sian ar yang amat berhormat Nik Aziz, selalu je ada fitnah2 yang mendatang.. baru2 nie dengan isu yang nak bunuh beliau pulak, nauzubillah.. entah kenapa la agaknya?


insyaAllah, dia ada semangat nak bagi negeri dia maju, macam negeri2 lain..barakallahufika. Saya bangga kerana beliau mula dengan benda yang paling asas dekat negerinya.. iaitu Islam.. :) mmg la ada lagi kekurangan.. tapi untuk membangunkan masyarakat untuk menerima Islam, bukan senang.atleast, he tried.
harituh, ada nampak Nik Azizi kat tepi jalan. dia dtg melawat INSANIAH sempena majlis apa tah.. masyaALlah, sejuk hati tengok.. dan yang paling bangga, beliau rilek ja jalan.. takde pon pakguard2 kereta berjela2... cukup dengan 2 orang yang ikut jalan sembang dengan dia, (kurang pasti siapa), dan Nik Aziz, sambil pegang buku. :))
den terpaku den seketika sambil berkata "wow, Nik Aziz!"..
den para penumpang kereta berkata "mana2?"
haha, semua terpesona.maklomlah, dok kat kedah. bukan selalu nampak dia. dalam gambar kat paper selalu la.. :P


TV wa tak layann, movie layan la.. :P


pagi tadi , dalam kereta on the way hantar my mum and sis to work.. bukak jap IKIM, dengar perbincangan pasal nie. sempat dengar seorang pakcik call, bagitau pendapat die tentang nie, die sokong, katanya.. sebab menda2 nie suma akan membentuk tamadun kita. anak2 terlalu banyak relying on tv, and INTERNET.. sampai buku2 ditinggalkan.

then i, i cakap la..

" tapi internet pon kita baca apa, ada artikel2. e-book jangan cakap, nama pon E- book. kat tenet gak la dapat. blog2 yang berpaedah , dtg dari tenet gak apa." den tau macam2, dari internet tau.

mummy : em.. tu la pasal. mungkin internet tu terlalu general kot.

lam article nie ada mengatakan, ramai orang kata pembaca tak beli buku sebab mahal. (kene kuarkan duit) bagi beliau, katanya tak. tapi bagi den, den paham perasaan orang yang berkata begitu.orang cam den yang yang cukup2 makan ja, kalo jalan2 gi popular atau kedai buku mana2.. selalu tenung buku lama2, niat dengan penuh keazaman nak membeli.. tapi tak terbeli.last2 search kat tenet, sbb streamyx ada orang bayarkan tiap2 bulan, kite nie tukang gune je.. :P tak yah bayar
asalkan dapat membaca.

kesimpulannya, den rasa TV mmg musuh, tapi internet tak.. kecuali lah kalo kite yang leka dengan laman web sosial tiap kali online.. and buku, bagi pengejar ilmu, buku takkan ditinggalkan jugak..

den sampai skrg, amalan tiap kali kuar mesti ada buku dalam beg. abah den ajar dari kecik macam tue, balik kampung nak rehat2 pon kena bawak buku. kalo tak die tanya " tak bawak buku ke?" dalam kereta pon baca. sampai tak sedar apa ada tepi jalan :P
nak pergi mana2, tak leh nak pergi. sbb tak tgk jalan waktu orang bawak pergi
huhu~

No comments:

Post a Comment